Teh Panas vs Teh Sejuk: Apalah Cold Brew Ni? Cara Membuat & Manfaatnya!

Patutkah Anda Minum Teh Panas atau Sejuk?

Mari kita terokai perbezaan antara membancuh teh dengan air panas dan air sejuk.

Perlu diingat, teh sejuk boleh merujuk kepada cold brew tea atau teh panas yang telah disejukkan (dua perkara berbeza!). Kedua-dua kaedah penyediaan ini menghasilkan rasa, sebatian, dan kandungan kafein yang berbeza, memberikan manfaat dan pengalaman minum teh yang unik. Jika anda peminat teh hijau atau suka mencuba pelbagai gaya teh, memahami perbezaan antara membancuh teh panas dan sejuk boleh meningkatkan pengalaman teh anda.

Apa Itu Teh Cold Brew?

Teh cold brew melibatkan perendaman daun teh dalam air sejuk atau suhu bilik selama beberapa jam, biasanya antara 4 hingga 8 jam di dalam peti sejuk. Berbeza dengan teh panas yang menggunakan air bersuhu tinggi untuk mengekstrak rasa dengan cepat, teh cold brew perlahan-lahan mengeluarkan rasa secara beransur-ansur. Proses ini menghasilkan rasa teh yang lebih lembut, kurang pahit, dan lebih manis secara semula jadi.

Teh Cold Brew vs Teh Panas: Dari Perspektif Sains

Perbezaan rasa antara teh cold brew dan teh panas berpunca daripada kadar ekstraksi sebatian kimia yang berbeza dalam daun teh. Menurut penyelidikan dari Tea and Beverage Research Station, Ministry of Agriculture, teh hijau yang dibancuh sejuk selama 4 jam melepaskan katekin tertentu seperti EGC dan EC pada kadar 148.15% dan 134.13% berbanding teh panas yang dibancuh selama 5 minit. Sebaliknya, katekin jenis ester seperti EGCG hanya mencapai 53.39% dalam teh cold brew berbanding teh panas.

Teh Hijau Cold Brew Mengandungi:

  • Kurang kafein (32.09%berbanding teh panas)  
  • Lebih banyak asid amino bebas (80.5% berbanding teh panas)  
  • Kurang kompound pahit, menghasilkan rasa yang lebih smooth dan ringan

Teh Panas Mengandungi:

  • Kafein yang lebih tinggi diekstrak 
  • Rasa lebih kuat dan beraroma   
  • Lebih banyak sebatian pahit seperti tanin dan katekin

Teh Cold Brew: Minuman Sempurna untuk Cuaca Panas

Teh cold brew sangat popular pada musim panas (terutama di Malaysia, yang panas sepanjang tahun!). Dengan rasa yang menyegarkan, minimum sihat (tanpa gula & kalori) dan kepahitan yang rendah, teh hijau cold brew menawarkan profil rasa yang kaya dengan umami, sesuai untuk cuaca panas. Teh seperti teh hijau Jepun, Longjing, dan Biluochun sangat sesuai untuk cold brew kerana kandungan asid aminonya yang tinggi.

Mengapa Teh Cold Brew Lebih Sihat untuk Sesetengah Orang?

Bagi mereka yang sensitif terhadap kafein atau tidak gemar rasa pahit teh panas, teh cold brew boleh menjadi pilihan yang lebih baik. Ini kerana kaedah cold brew melepaskan kurang kafein dan tanin, menjadikannya lebih lembut untuk perut dan mempunyai rasa yang lebih halus.
Teh cold brew juga mengandungi lebih banyak antioksidan tertentu, seperti asid amino, yang mungkin memberikan manfaat kesihatan lebih baik berbanding teh panas. Ini menjadikannya pilihan yang hebat bagi mereka yang ingin menikmati khasiat teh tanpa rasa pahit yang kuat.

Cara Membancuh Teh Cold Brew: Senangje!

🍃 Pilih Teh Anda: Teh hijau, teh putih, dan teh oolong yang sedikit oksidasi paling sesuai untuk cold brew.  

🥛 Pilih Bekas: Gunakan bekas bertutup rapat atau kedap udara untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria semasa proses perendaman dalam peti sejuk.  

💧 Gunakan Air Bersih: Gunakan air suci atau ditapis. Rendam teh dalam air suhu bilik, kemudian sejukkan dalam peti sejuk.  

📏 Ratio Teh-Air: Gunakan 3g teh (atau 1 uncang) bagi setiap 1 liter air.  

Masa Rendaman: Biarkan teh direndam di dalam peti sejuk selama 4-8 jam.  

🍵 Sedia untuk Dihidang: Tapis dan nikmati! Anda juga boleh menambah buah, herba, atau bunga untuk meningkatkan rasa semula jadi.

Cara Paling Malas:  

Hanya ambil sebotol air mineral, minum sedikit untuk beri ruang, masukkan daun teh, dan terus masukkan ke dalam peti sejuk. Siap!

Tip untuk Teh Cold Brew

✅ Jenis Teh Penting 
Walaupun semua teh boleh dibancuh sejuk, sesetengah teh memberikan rasa yang lebih enak. Jangan takut untuk bereksperimen dengan teh kegemaran anda!
✅ Bentuk Daun Teh Berbeza
Bentuk daun teh mempengaruhi tempoh ekstraksi. **Daun yang digulung rapat** mengambil masa lebih lama untuk melepaskan rasa, manakala **serbuk teh** yang mempunyai lebih banyak permukaan terdedah lebih cepat diekstrak.
✅ Jangan Campur Teh Panas dengan Cold Brew
Cold brew bukan sekadar menyejukkan teh panas! Menggunakan air suhu bilik atau sejuk dari awal adalah kunci untuk mendapatkan rasa teh cold brew yang lembut.
✅ Pilihan yang Jimat
Teh cold brew boleh menjadi alternatif berkualiti tinggi kepada minuman yang dibeli di luar, selalunya pada harga yang lebih rendah. Dengan membancuh sendiri, anda bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga menikmati **bahan segar tanpa bahan tambahan tiruan**. Anda juga boleh menyesuaikan rasa dan kekuatan teh mengikut citarasa anda.
✅ Cara Penyimpanan
Teh cold brew boleh tahan sehingga seminggujika disimpan dengan betul tanpa perubahan suhu yang ketara atau pencemaran air liur.
Bawa Bersama & Kekal Sejuk
Selepas teh cold brew siap, anda boleh bekukan dalam bentuk ais untuk minuman yang lebih segar dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti mendaki, berkelah, atau aktiviti luar.

Kesimpulan: Cold Brew vs Teh Panas – Mana Lebih Baik?

Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri!
Teh Cold Brew menawarkan rasa yang lebih lembut, kurang pahit, dan kandungan kafein yang lebih rendah – sesuai bagi mereka yang mahukan pengalaman teh yang lebih ringan.
Teh Panas pula memberikan rasa yang lebih kaya, beraroma kuat, dan cepat diekstrak – sesuai untuk peminat teh yang sukakan rasa yang lebih mendalam.
Sama ada anda menggemari kesegaran cold brew atau ketegasan rasa teh panas, memahami bagaimana setiap kaedah mempengaruhi rasa, kafein, dan manfaat kesihatan akan membantu anda memilih yang terbaik untuk setiap situasi.

Tinggalkan komen

Sila ambil perhatian, komen mesti diluluskan sebelum ia diterbitkan